Sunday 23 March 2014

ANGGOTA BADAN

AKTIVITI MEWARNA

LEMBARAN KERJA


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tema :  Diri Saya
Subtema: Anggota badan
Tempoh Masa: 30minit
Alat Bahan : Gambar anggota badan
Tunjang Utama: Sains dan Teknologi
Pembelajaran Utama : (ST3.1) Memperolehi pengetahuan asas tentang bahagian badan.
Standard Pembeljaran Yang digunakan:  (BM2.1.3)Berbual dengan ayat yang mudah dengan      
                                                                                     sebutan yang betul.
Objektif Pembelajaran  : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
                                     i)Menyebut nama anggota badan
                                     ii)Menyebut kegunaan setiap anggota badan

Kosa kata/Perbendaharan kata: kepala,kaki,tangan,jari,mata
Pengetahuan sedia ada: Megenal anggota badan
Penerapan nilai : Bershukur kepada tuhan,berkerjasama,sayang
                       
SLOT PENGAJARAN HARIAN
MASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
ALAT BAHAN
Set Induksi
3 minit
Gambar anggota badan.
Guru menujukkan gambar lengkap anggota badan
Murid melihat dan bercerita megenai gambar tersebut.

Gambar.
Langkah 1
10 minit
Bersoal jawab megenai nama setiap anggota badan.
Guru bersoal jawab dengan murid megenai bahaian-bahagin anggota badan dan membimbing murid menyebut dengan betul.
Murid memberi respon menyenaraikan bahagian-bahagian anggota badan.

Langkah 2
7 minit
Bersoal jawab mengenai kegunaan/fungsi setiap anggota badan.
Guru bersoal jawab dengan murid mengenai bahagian-bahagian anggota
/funsi setiap anggota badan.Contoh:apakah yang akan kita
gunakan apaila menendang bola?
Murid berbincang secara kumpulan kecil mengenai bahagian-bahagian anggota kegunaan/fungsi setiap anggota badan.
Carta gambar.
Langkah 3
7 minit
Mewarna dan menyebut dengan betul berdasarkan lembaran kerja.
Guru meminta murid- murid menyebut dan mewarnakan gambar mengikut kreativiti masing-masing.
Murid meminta murid-murid menyebut dan mewarnakan gambar mengikut kreativiti masing-masing.
Lembaran kerja
Penutup
3 minit
Hormat menghormati
Guru menerangkan tentang pentingnya kita bersyukur kepada Tuhan kerana memiliki tubuhbadan yang sihat.
Murid-murid mendengar penerangan guru dengan penuh minat.



Sunday 1 December 2013

Lagu gerakan anggota badan

Objektif

Salam Perpaduan,selamat datang ke blog "Sains Dan Teknologi"

Blog ini dibina bagi memberi maklumat dan aktiviti pembelajaran berkaitan mata pelajaran Sains dan Teknologi Prasekolah.

Blog ini akan memfokuskan kepada topik "Anggota Badan".
Adalah diharapkan blog ini akan dapat;

1.Membantu kanak-kanak mengenal anggota badan;
2. Membantu para kanak-kanak meningkatkan pemahaman terhadap anggota badan;
3.Membantu ibubapa memberi maklumat yang jelas kepada anak masing-masing berkaitan anggota badan;
4.Berkongsi pengalaman dengan kanak-kanak,ibubapa dan guru megenai anggota badan.



Terima kasih kerana melayari blog megenai "ANGGOTA BADAN"